Saturday 15 May 2010

PENJAGAAN KULIT UNTUK WANITA HAMIL

      Sebahagian wanita hamil bertuah apabila memiliki seri wajah sihat sepanjang tempoh kehamilan, tetapi majoriti mendapati kulit mereka tidak sebegitu. Kesan seperti regangan kulit akibat kehamilan, pigmentasi akibat perubahan hormon, ruam dan sebagainya membuatkan wanita hamil merasakan seolah-olah mereka kembali merasai masalah kulit seperti zaman remaja mereka. Dimana silapnya dan apakah yang boleh dilakukan untuk mengembalikan semula kesihatan dan keserian kulit?
     
Kesan Regangan Kulit Akibat Mengandung
      Kesan garis halus yang muncul di sekitar bahagian perut adalah akibat bahagian abdomen yang meregang bagi memberi ruang pada bayi dalam kandungan membesar terutama ketika trimester kedua dan ketiga. Selain itu ia juga disebabkan oleh perubahan hormon kehamilan membuatkan kulit mudah dipengaruhi oleh kesan regangan di samping faktor keturunan. Kebanyakan wanita hamil turut menambah berat badan menjadikan ia faktor tambahan mendapat kesan regangan. Wanita yang memiliki kulit yang cerah cenderung untuk mengalami masalah ini berbanding wanita yang memiliki kulit yang agak gelap.

Tona Kulit Tidak Sekata
      Sepanjang tempoh kehamilan, pengeluaran pigmen melanin secara berlebihan sering berlaku sehingga menyebabkan kesan pigmentasi muncul di bahagian wajah atau di bahagian lain pada tubuh. Kesan sebegini sama dengan kesan akibat kulit terdedah pada cahaya matahari secara keterlaluan, ekzema atau alahan ubat-ubatan. Biasanya, ia mengambil masa yang agak lama untuk hilang.

Kulit Kering dan Gatal
      Gatal-gatal merupakan simptom biasa ketika hamil kerana kulit dan otot meregang untuk memberi ruang kepada bayi dalam kandungan membesar. Masalah kulit kering juga boleh berlaku menyebbakan timbul bintik halus, ruam, pori-pori terbuka, termasuk juga beberapa keadaan seperti seborrhea (kesan kemerahan dan gatal pada bahagian kulit kepala dan hidung) atau keratosispilaris. Kulit juga kelihatan bengkak akibat kekurangan air atau pertambahan berat badan.

Kesan Parut Caesarean
      Kesan yang paling ketara selepas kehamilan adalah akibat parut pembedahan bagi mereka yang menjalani pembedahan secara Caesarean. Parut pembedahan biasanya elok dan kecil  berbanding sebelum ini, namun ia tetap meninggalkan kesan negatif terhadap tubuh badan wanita apatah lagi ketika mereka mula berusaha mencapai kembali berat badan ideal mereka.

PETUA

ELAK BAYI TERKENA JAUNDIS (KUNING)

Bagi mengelakkan bayi yang baru dilahirkan mendapat penyakit kuning, perahkan anggur hitam dan titiskan ke dalam mulut bayi. Insya-Allah bayi anda tidak mengalami penyakit kuning.

MEMUDAHKAN KELAHIRAN BAYI

Amalan untuk ibu yang mahu memudahkan kelahiran bayi ialah dengan mengambil sebiji telur ayam kampung dan buangkan putihnya. Masukkan minyak masak ke dalam telur ayam kampung tadi sehingga menutupi kuning telur tersebut. Minum sebelum waktu melahirkan tiba, didahului dengan berselawat.

IBU KUNYIT MENJARAKKAN ANAK

Bagi anda yang baru lepas melahirkan anak dan berhasrat  untuk menjarakkan anak, amalkan meminum jus ibu kunyit hidup. Caranya dengan memarut ibu kunyit dengan setengah cawan air dan tapis air parutan itu. Amalkan meminum dua kali seminggu.

Saturday 1 May 2010

LAPAN TANDA KEHAMILAN

Dah lama tak menulis blog...baru2 nie pegi kedai buku, terjumpa la buku mengenai kehamilan....jadi disini aku turunkan maklumat2 yg aku kira penting bagi ibu-ibu hamil.

Anda hamil? Atau anda tidak pasti hamil ataupun tidak. Sememangnya kita lebih mudah tahu kita hamil jika mempunyai pusingan haid yg teratur. Namun bukan semua wanita begitu. Ramai juga antaranya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.
Ada beberapa tanda lain yang boleh anda perhatikan yang memberitahu bahawa ada janin sedang mula berkembang dalam rahim anda. Bagaimana? Cuba perhatikan tanda2 ini :-

* Kelelahan - Tiba-tiba anda mudah berasa letih dan lelah serta kurang bersemangat. Kadangkala mungkin anda menganggap ia tanda-tanda kedatangan haid, tapi ia juga merupakan salah satu tanda awal kehamilan. Ini kerana kadar hormon progesterone yang meningkat di awal kehamilan menyebabkan  anda selalu rasa mengantuk dan tidak bertenaga seperti selalunya.

* Payudara Bengkak - Tiba-tiba payudara anda seperti membengkak dan amat sensitif. Mudah terasa sakit apabila disentuh. Ini juga berlaku kerana faktor hormon dan biasanya terjadi setelah haid mulai lambat. Gejala ini agak serupa dengan gejala yang dialami ketika hampir datang haid.

* Mual-mual - Gejala ini muncul bila2 masa. Ada yang mengalami tanda ini lebih cepat dan ada juga yang lambat. Apabila anda mula mengalami tanda ini sedangkan haid masih belum kunjung tiba, bolehlah anda membuat ujian kehamilan sendiri dirumah.

* Pendarahan - Antara 10 - 13 hari setelah benih disenyawakan, mungkin anda perasan ada titisan darah kecil pada seluar dalam. Jika jumlahnya sedikit dan warnanya juga sedikit pudar berbanding darah haid. Pendarahan kecil ini berlaku kerana proses benih tertanam pada rahim. Jangan anda keliru dan menyangka ia adalah haid pula.

* Deria rasa - Anda lebih sensitif terhadap segala bau di sekeliling anda berbanding sebelum ini. Kadangkala bau tersebut membuat anda berasa loya dan mual. Keadaan ini disebabkan peningkatan hormon dalam tubuh.

* Kerap buang air - Anda semakin kerap ke bilik air membuang air. Ini kerana peningkatan pusingan darah dan cecair dalam tubuh selain proses uterus yang mula membesar untuk kehamilan.

* Suhu tubuh - Selalunya pada awal kehamilan, suhu tubuh anda akan meningkat drp biasanya. Anda mungkin mudah berasa panas dan cepat berpeluh. Keadaan ini membuat anda tidak selesa dan selalu ingin berada di depan kipas atau suasana yg berhawa dingin.

* Tidak haid - Apabila haid anda tidak lagi kunjung tiba mengikut waktu sepatutnya, tibalah masa utk anda melakukan ujian kehamilan bagi mengesahkan keadaan tersebut.