Saturday 28 August 2010

TIP 'MENERAN' WAKTU BERSALIN

Meneran? Pasti yang terbayang di benak Ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasai cara meneran yang baik dan betul.



Waktu Mula Meneran

  • Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran


  • Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

  • Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

  • Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….selamat bersalin.

TANDA-TANDA BERSALIN

Salam...dah lama tak post apa2 kat blog...maklumlah dah masuk 32 minggu nie, badan cepat na penat. Ok kali ni saya akan post kan tanda2 bersalin sebagai tip bagi ibu2 baru. Mereka ni tak de pengalaman bersalin lagi jadi disini saya turunkan beberapa tip tanda2 hampir bersalin.

Tanda-tanda Hampir Bersalin


Bayi turun ke bawah
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Anda mungkin terasa sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing, sakit perut, memulas, kerap buang air besar dan kerap terkentut.
  • Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir. Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang

  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.

  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.

  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

  • Pecah air ketuban - Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis. Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • Kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta.
  • Keluar air ketuban.pergerakan bayi menjadi kurang kerap.keluar darah dari vagina.
  • Apa saja masalah yang dialami.