Thursday 29 March 2012

MAKANAN SEMULAJADI TAMBAH SUSU


Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih-lebih lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan. Jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.

9 jenis makanan penambah susu yang boleh didapati secara semulajadi ialah: 

(1) Daun Alfalfa


alfalfa
Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa. Tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu.
(2) Halba @ Fenugreek
fenugreek
Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk boosteryang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.
(3) Jintan
jintan
Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja :)
(4) Kurma
kurma
Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerlukan extra kalori.
(5) Susu
susu
Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.
(6) Keju
mozzarella cheese
Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)
(7) Tempe
tempe
Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan, malah memekatkan susu.
(8) Sayuran Hijau
sayur
Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.
(9) Lobak Putih
lobak putih
Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.
Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.
AMALAN WAJIB - KOSONGKAN PAYUDARA!
KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.
DOA
Doa menbanyakkan susu ibu:
Kredit kepada : http://doaayatdanzikir.wordpress.com
Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya. Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

Wednesday 28 March 2012

MANDI AIR DAUN


Mandi Air Rebusan Daun-Daun Bagi Wanita Pantang.


Setelah wanita dibawa pulang ke rumah, wanita dalam pantang sepatutnya diberi rehat yang cukup. Lebih afdal lagi sekiranya para suami yang tidak dapat menjaga isteri bersalin mencari seorang pembantu untuk menjaga isteri mereka ketika dalam pantang. Dari hari pertama balik ke rumah,wanita dalam pantang digalakkan mandi dengan air rebusan daun-daunan seperti di bawah:


Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu. Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ( Vitex negundo ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai ( Lawsonia terma ), daun bonglai, daun mengkudu ( Morinda citrifolia ) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran. Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :- • • 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar • • 10 helai daun limau purut • • 6 batang daun serai bersama serai • • halia muda sebesar 4 kali ibu jari • • 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa • • 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci • • seketul lengkuas atau 3 helai daunnya • • segenggam halba ( dipunjutkan ) Semasa dalam pantang sebaiknya ibu yang selepas bersalin mandi mengunakan air suam ketika mandi pada waktu pagi dan petang supaya badan akan sentiasa segar. Jika ibu selepas bersalin mandi air sejuk di khuatiri ibu akan mengalami kemasukan angin sejuk dalam badan dan akan menyebabkan sakit urat atau sendi dan akan menyebabkan demam sejuk.
Sebahagian daun-daun herba yang akan direbus sebagai air mandian. Sediakan periuk dan   bersihkan dedaun. Jerangkan air bersama dedaun di dalam periuk di atas dapur dengan api yang sederhana. Sesudah panas, masukkan ke dalam baldi, campurkan dengan air sejuk dan pastikan suhu air adalah suam- suam panas sesuaikan untuk mandian. Mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa daun mandian untuk ibu lepas bersalin ada di tanam di belakang rumah atau terbiar disekitar rumah. Tanpa kita sedari daun- daun itu berguna untuk di jadikan ubat untuk rawatan selepas bersalin. Contoh dedaun yang boleh kita jadikan herba mandian seperti:
  1. Daun serai wangi
  2. daun lengkuas
  3. daun pisang kelat
  4. daun inai
  5. daun bonglai
  6. daun mengkudu
  7. daun sirih
  8. daun telulang
  9. daun limau purut
  10. daun pandan
  11. daun jambu batu
  12. 3 biji limau nipis
  13. daun kunyit




Jika tidak ada kesemua dedaun diatas cukuplah sekadar kita memilih daun sebanyak 3, 5, 7 atau setiap no ganjil untuk di jadikan air rebusan.

Petua:
Ibu- ibu selepas bersalin dilarang membasuh rambut menggunakan air panas atau air rebusan mandian yang panas kerana ini boleh menyebabkan keguguran rambut atau sakit kepala. Disyorkan membasuh rambut mengunakan air biasa (air paip).

Cebuk dengan air sireh yang telah direbus di vagina dan air sireh ini dapat mencuci permukaan vagina wanita bersalin.


BERTUNGKU


Bertungku

tungku batu Proses Menjaga Wanita Bersalin Setelah Balik Dari Hospital Dalam Rawatan Urut Tradisional
Selepas mandi dilap tekapkan dengan tuala dan baring atas katil dan ditungku dengan batu sungai atau penungku besi khas. Caranya ialah membakar batu atau penungku di atas api dan diletakkan ke atas daun mengkudu dan dibalut dengan kain yang agak-agak rasa suam maka tungkulah arah ke atas dari paras atas ari-ari wanita. Bertungku adalah untuk memecahkan angin,memecahkan darah beku dan mengecutkan peranakan dan urat saraf yang telah kembang dimasuki angin. Bertungkulah dalam tempoh 20-25 minit.

Setelah bertungku, proses seterusnya adalah berurut dengan rawatan urut radisional. Urut tradisional wanita lepas bersalin adalah sama saja dengan urut tradisional sihat badan. Yang membezakan 2 kaedah urut tradisional ini hanyalah urutan di perut. Selepas berurut naikkan peranakan dan bubuhlah bahan-bahan barutan di perut, taburkan dan dilapik dengan kain lembut sebelum dibarut atau dibengkongkan.

Terdapat dua jenis cara atau ubat yang boleh diletakkan di atas perut dengan membuat sendiri iaitu dengan:

1. Campurkan ingu/jadam dan halba (dimesin kering) dan dimasak. Setelah dimasak dan dalam keadaan suam, sapukan ke atas perut, ATAU
2. Kalau dengan cara yang ringkas ialah campurkan sedikit kapur makan dengan limau diperah dan di dalam keadaan rasa panas, kapur dan limau tadi ditaburkan ke atas perut dan balut dengan kain lembut sebelum dibarut atau dibengkong.

Bagi tempoh 7 hari, bolehlah dipakai barut yang mempunyai banyak tali yang  sering kita panggil barut “kereta”. Dalam tempoh 7 hari, kita tdak digalakkan membengkong kerana, membengkong memerlukan cerutan yang kuat. Dikhuatiri cerutan tadi boleh merosakkan sistem dalam perut. Menggunakan barut pada peringkat ini adalah lebih afdal kerana cerutannya tidak kuat.


BERBENGKONG

Berbengkong.

Pada hari seterusnya elok dibengkong dengan bengkong yang panjangnya 8-10 meter yang diikat lilit dari bawah punggung hingga ke paras dada wanita tersebut. Bagi wanita yang bersalin melalui “scisorion” (operation), jangan dibarut atau dibengkong. Cukup sekadar mendapatkan rawatan urut tradisional sahaja dan dielakkan dari mengurut di bahagian perut yang luka.

Tujuan berbengkong adalah:
1. Bagi memastikan pergerakan ibu bersalin dibataskan.
2. Bagi merapatkan kembali vagina.
3. Bagi menaikkan kembali keanjalan punggung yang jatuh.
4. Supaya perut ibu bersalin dapat balik ke asal,dan supaya tidak gendut atau buncit.
5. Supaya air yang kita minum tidak boleh membuatkan perut menjadi lembik dan menggelebeh.
Dinasihatkan proses di atas hendaklah dilakukan seawal pagi sebelum ibu-ibu bersarapan pagi. Lakukan penjagaan di dalam pantang selama 44 hari. Kecuali berurut dengan rawatan urut tradisional bolehlah dilakukan 3 hari dulu. Kemudian setelah dua minggu boleh diulangi dapatkan rawatan urut tradisional untuk mengurut 3 kali lagi.
Selain dari mandian herba, bertungku, berurut dengan urut tradisional dan membengkong, ibu-ibu bersalin dinasihatkan meminum rebusan akar kayu atau jamu bersalin selama dalam pantang. Ibu-ibu juga  digalakkan meminum air kunyit yang telah ditumbuk untuk tiga hari berturut-turut. Ini untuk mencuci segala kotoran darah nifas dan menghilangkan bau yang tidak enak.  Akar kayu atau jamu untuk memastikan semua urat saraf, saluran peranakan dan peranakan menjadi kuat dan kecut kembali.

Akar kayu dan jamu juga baik untuk merangsang darah supaya ibu bersalin tidak di dalam kedinginan dan kesejukan. Pakailah stokin untuk mengelakkan angin masuk ke dalam badan. Pakailah baju yang agak tebal biar berpeluh dan jangan kedinginan. Elakkan diri dari terkena terlalu banyak angin dari kipas atau alat penghawa dingin. Kedua-dua lubang telinga disumbat dengan bawang putih yang telah dibuang kulit. Sapukan pilis di dahi. Cekak dan ikat rambut dengan kuat dan kemas supaya urat saraf di muka tidak cepat kendur sebelum tiba waktunya. Seluruh badan hendaklah disapu dengan param.
Sekiranya ibu-ibu dapat mengikut cara-cara tradisional seperti di atas, pasti kesihatan para ibu akan terjamin untuk jangka waktu yang panjang. Kerana dengan bepantang dapat memastikan keseluruhan badan, urat saraf dapat dirawat untuk kembali normal dan ibu-ibu akan dapat mengembalikan tenaga ke asal.
Urut tradisional bagi wanita bersalin ini memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut atau 5 hari atau 7 hari atau sebulan mengikut kehendak wanita itu sendiri. Lagi kerap berurut urut tradisional lebih banyak kelebihannya.

Di antara kelebihan urut tradisional bagi wanita bersalin ialah:
1. Apabila setiap wanita itu lepas melahirkan, mereka akan menghadapi lemah lesu di seluruh badan kerana urat-urat yang menegang ketika proses kelahiran. Dengan mengurut rawatan urut tradisional,akan dapat melembutkan urat-urat tersebut dan menyegarkan kembali badan.
2. Rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin dapat memastikan pengaliran darah berjalan dengan betul dan darah-darah kotor serta toksid kotor dapat keluar sekali bersama-sama darah nifas. Oleh yang demikian, tidak terdapat darah yang tersekat di dalam pembuluh urat saraf, juga dapat membuang angin.
wanita bersalin Proses Menjaga Wanita Bersalin Setelah Balik Dari Hospital Dalam Rawatan Urut Tradisional
3. Dalam rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin, dengan mengurut dan menolak peranakan wanita tersebut,dapat menjamin peranakan wanita bersalin itu berada di dalam keadaan yang sempurna dan tidak turun ke bawah.Sekiranya peranakan ini turun, akan mengakibatkan kesan kepada wanita  itu sendiri seperti kencing tidak tos, dan kemungkinan keluarnya tombong dari faraj (prolapse).
Itulah keperluan-keperluan yang perlu dibuat oleh wanita yang baru lepas bersalin di mana tidak dapat disangkal, amalan amalan ini telah diamal oleh orang-orang melayu sejak dulu lagi yang mana diakui keberkesanannya. Semua ini yang harus disusuli dengan proses yang wajib iaitu rawatan urut tradisional.

Tuesday 27 March 2012

BERURUT



 

Urut tradisional bagi wanita bersalin ini memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut atau 5 hari atau 7 hari atau sebulan mengikut kehendak wanita itu sendiri.Lagi kerap berurut urut tradisional lebih banyak kelebihannya.

Di antara kelebihan urut tradisional bagi wanita bersalin ialah:

1. Apabila setiap wanita itu lepas melahirkan, mereka akan menghadapi lemah lesu di seluruh badan kerana urat-urat yang menegang ketika proses kelahiran.Dengan mengurut rawatan urut tradisional, akan dapat melembutkan urat-urat tersebut dan menyegarkan kembali badan.
2. Rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin dapat memastikan pengaliran darah berjalan dengan betul dan darah-darah kotor serta toksid kotor dapat keluar sekali bersama-sama darah nifas. Oleh yang demikian, tidak terdapat darah yang tersekat di dalam pembuluh urat saraf, juga dapat membuang angin.
wanita bersalin Proses Menjaga Wanita Bersalin Setelah Balik Dari Hospital Dalam Rawatan Urut Tradisional
3. Dalam rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin, dengan mengurut dan menolak peranakan wanita tersebut, dapat menjamin peranakan wanita bersalin itu berada di dalam keadaan yang sempurna dan tidak turun ke bawah. Sekiranya peranakan ini turun,akan mengakibatkan kesan kepada wanita  itu sendiri seperti kencing tidak tos,dan kemungkinan keluarnya tombong dari faraj (prolapse).

Itulah keperluan-keperluan yang perlu dibuat oleh wanita yang baru lepas bersalin di mana tidak dapat disangkal, amalan ini telah diamal oleh orang-orang melayu sejak dulu lagi yang mana diakui keberkesanannya. Semua ini yang harus disusuli dengan proses yang wajib iaitu rawatan urut tradisional.