Wednesday 28 March 2012

BERTUNGKU


Bertungku

tungku batu Proses Menjaga Wanita Bersalin Setelah Balik Dari Hospital Dalam Rawatan Urut Tradisional
Selepas mandi dilap tekapkan dengan tuala dan baring atas katil dan ditungku dengan batu sungai atau penungku besi khas. Caranya ialah membakar batu atau penungku di atas api dan diletakkan ke atas daun mengkudu dan dibalut dengan kain yang agak-agak rasa suam maka tungkulah arah ke atas dari paras atas ari-ari wanita. Bertungku adalah untuk memecahkan angin,memecahkan darah beku dan mengecutkan peranakan dan urat saraf yang telah kembang dimasuki angin. Bertungkulah dalam tempoh 20-25 minit.

Setelah bertungku, proses seterusnya adalah berurut dengan rawatan urut radisional. Urut tradisional wanita lepas bersalin adalah sama saja dengan urut tradisional sihat badan. Yang membezakan 2 kaedah urut tradisional ini hanyalah urutan di perut. Selepas berurut naikkan peranakan dan bubuhlah bahan-bahan barutan di perut, taburkan dan dilapik dengan kain lembut sebelum dibarut atau dibengkongkan.

Terdapat dua jenis cara atau ubat yang boleh diletakkan di atas perut dengan membuat sendiri iaitu dengan:

1. Campurkan ingu/jadam dan halba (dimesin kering) dan dimasak. Setelah dimasak dan dalam keadaan suam, sapukan ke atas perut, ATAU
2. Kalau dengan cara yang ringkas ialah campurkan sedikit kapur makan dengan limau diperah dan di dalam keadaan rasa panas, kapur dan limau tadi ditaburkan ke atas perut dan balut dengan kain lembut sebelum dibarut atau dibengkong.

Bagi tempoh 7 hari, bolehlah dipakai barut yang mempunyai banyak tali yang  sering kita panggil barut “kereta”. Dalam tempoh 7 hari, kita tdak digalakkan membengkong kerana, membengkong memerlukan cerutan yang kuat. Dikhuatiri cerutan tadi boleh merosakkan sistem dalam perut. Menggunakan barut pada peringkat ini adalah lebih afdal kerana cerutannya tidak kuat.


No comments:

Post a Comment