Saturday 1 May 2010

LAPAN TANDA KEHAMILAN

Dah lama tak menulis blog...baru2 nie pegi kedai buku, terjumpa la buku mengenai kehamilan....jadi disini aku turunkan maklumat2 yg aku kira penting bagi ibu-ibu hamil.

Anda hamil? Atau anda tidak pasti hamil ataupun tidak. Sememangnya kita lebih mudah tahu kita hamil jika mempunyai pusingan haid yg teratur. Namun bukan semua wanita begitu. Ramai juga antaranya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.
Ada beberapa tanda lain yang boleh anda perhatikan yang memberitahu bahawa ada janin sedang mula berkembang dalam rahim anda. Bagaimana? Cuba perhatikan tanda2 ini :-

* Kelelahan - Tiba-tiba anda mudah berasa letih dan lelah serta kurang bersemangat. Kadangkala mungkin anda menganggap ia tanda-tanda kedatangan haid, tapi ia juga merupakan salah satu tanda awal kehamilan. Ini kerana kadar hormon progesterone yang meningkat di awal kehamilan menyebabkan  anda selalu rasa mengantuk dan tidak bertenaga seperti selalunya.

* Payudara Bengkak - Tiba-tiba payudara anda seperti membengkak dan amat sensitif. Mudah terasa sakit apabila disentuh. Ini juga berlaku kerana faktor hormon dan biasanya terjadi setelah haid mulai lambat. Gejala ini agak serupa dengan gejala yang dialami ketika hampir datang haid.

* Mual-mual - Gejala ini muncul bila2 masa. Ada yang mengalami tanda ini lebih cepat dan ada juga yang lambat. Apabila anda mula mengalami tanda ini sedangkan haid masih belum kunjung tiba, bolehlah anda membuat ujian kehamilan sendiri dirumah.

* Pendarahan - Antara 10 - 13 hari setelah benih disenyawakan, mungkin anda perasan ada titisan darah kecil pada seluar dalam. Jika jumlahnya sedikit dan warnanya juga sedikit pudar berbanding darah haid. Pendarahan kecil ini berlaku kerana proses benih tertanam pada rahim. Jangan anda keliru dan menyangka ia adalah haid pula.

* Deria rasa - Anda lebih sensitif terhadap segala bau di sekeliling anda berbanding sebelum ini. Kadangkala bau tersebut membuat anda berasa loya dan mual. Keadaan ini disebabkan peningkatan hormon dalam tubuh.

* Kerap buang air - Anda semakin kerap ke bilik air membuang air. Ini kerana peningkatan pusingan darah dan cecair dalam tubuh selain proses uterus yang mula membesar untuk kehamilan.

* Suhu tubuh - Selalunya pada awal kehamilan, suhu tubuh anda akan meningkat drp biasanya. Anda mungkin mudah berasa panas dan cepat berpeluh. Keadaan ini membuat anda tidak selesa dan selalu ingin berada di depan kipas atau suasana yg berhawa dingin.

* Tidak haid - Apabila haid anda tidak lagi kunjung tiba mengikut waktu sepatutnya, tibalah masa utk anda melakukan ujian kehamilan bagi mengesahkan keadaan tersebut.

No comments:

Post a Comment