Tuesday 14 September 2010

PETUA MUDAH BERSALIN

Salam...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog semua. Disini ada beberapa petua mudah bersalin yang saya dapat dari internet utk dikongsi bersama :

a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.

b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.

c) Amalkan minum air lebihan suami.

d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.

e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.

f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.

g) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.

h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.

i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.

j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

Saturday 28 August 2010

TIP 'MENERAN' WAKTU BERSALIN

Meneran? Pasti yang terbayang di benak Ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasai cara meneran yang baik dan betul.



Waktu Mula Meneran

  • Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran


  • Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

  • Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

  • Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….selamat bersalin.

TANDA-TANDA BERSALIN

Salam...dah lama tak post apa2 kat blog...maklumlah dah masuk 32 minggu nie, badan cepat na penat. Ok kali ni saya akan post kan tanda2 bersalin sebagai tip bagi ibu2 baru. Mereka ni tak de pengalaman bersalin lagi jadi disini saya turunkan beberapa tip tanda2 hampir bersalin.

Tanda-tanda Hampir Bersalin


Bayi turun ke bawah
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Anda mungkin terasa sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing, sakit perut, memulas, kerap buang air besar dan kerap terkentut.
  • Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir. Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang

  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.

  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.

  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

  • Pecah air ketuban - Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis. Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • Kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta.
  • Keluar air ketuban.pergerakan bayi menjadi kurang kerap.keluar darah dari vagina.
  • Apa saja masalah yang dialami.

Wednesday 23 June 2010

BARUT BABY DAN BENGKUNG IBU

Barut Baby

Harga RM25 - 1 set (5 Helai)
Kos post laju Semenanjung - RM7
Sabah/Sarawak - RM10

Photobucket


Photobucket



Photobucket


Photobucket





Bengkung Ibu
Terdapat SZ M, L dan XL

Harga RM45
Kos pos laju Semenanjung - RM7
Sabah Sarawak - RM10
Photobucket


Photobucket

RESEPI DALAM PANTANG

Ini adalah antara  resepi-resepi dalam pantang yang saya copy dan paste dlm internet. Semoga ia berguna kepada semua pembaca blog ini.

Kerabu Pegaga

1 biji bawang besar – dihiris
2 biji cili merah – ditumbuk
sedikit garam
seikat daun pegaga – dihiris

Campurkan semuanya dan gaul hingga sebati. Kalau suka boleh campurkan kerisik. Tapi saya suka begini saja sbb nak kurangkan lemak.


Ikan Tenggiri Masak Halia

2 ketul ikan di goreng
2 ulas bawang merah- ditumbuk
sedikit kunyit hidup – ditumbuk atau serbuk
6 ulas bawang putih – dihiris
1ketul halia – dihiris memanjang

Cara:

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bwg putih, halia dan kunyit. Masukkan sedikit air dan apabila mendidih tuangkan atas ikan yg telah digoreng.


Ikan Gelama Masak Asam

2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili. Masukkan air asam dan garam. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


Sawi Tumis Air

Sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 pokok sawi – dicuci dan potong

Cara:-

Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah. Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api.


Kucai goreng kicap

1 ikat kucai – dihiris
2 ulas bawang merah – dihirs
3 ulas bawang putih – dhiris
kicap

Cara :-

Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan kucai dan kicap.



Kari Ikan Haruan

1 ekor ikan haruan – dipotong kecil2
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar ( dimesin)
1 biji bawang besar- dihiris
1 camt halba campur
1 tangkai daun kari
4 camb serbuk kari ikan
1 camt serbuk cili
1 mangkuk air asam

Cara:

Tumiskan daun kari , halba dan bawang besar yg dihiris. Masukkan bwg yg dimesin, biar sebentar .
Masukkan rempah kari dan serbuk cili yg dah dibancuh dengan air. Masak hingga rempah betul2 masak.
Masukkan air asam dan ikan Tambahkan garam dan apabila ikan dah masak tutupkan api.


Peria goreng kelapa

5 biji peria kecil/1 biji yg besar – dipotong dan direndamkan dlm air garam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit kunyit
1/2 mangkuk kelapa parut

Cara :-

Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan kunyit dan peria yg telah dipotong. Masukkan kelapa parut dan gorengkan hingga peria lembut sikit tapi jgn terlalu lama.


Sup Ikan Tenggiri

1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Cara:-

Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.


Sos Lada Hitam 

Bahan :-

lada hitam
kunyit hidup garam
bawang putih 1 ulas jer..
sikit cuka
garam

Cara :-

Semua bahan ni mesin dan gaulkan. Simpan dan bila nak makan ....hidangkan jer..


Kerabu Pegaga

Bahan :

pegaga..bersihkan dan hiris kecil
kelapa muda

Bahan Tumbuk :-

lada hitam'
bawang merah
ikan bilis
garam

Cara :

Tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa. Bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tutup api. Kacau rata dan hidangkan..


KAILAN TUMIS AIR

Bahan

kailan + carrot / lobak putih ( tambah susu katanye)
tumbuk bawang putih + lada hitam
Tumis guna minyak sikit
tambah sikit air.......bestnye.........


IKAN KERING MASAK HALIA (ikan talang..kurau ..merah dan tenggiri)

Bahan

200 gm ikan kering [isi]
1 cawan santan
3 cm halia
3 ulas bawang putih
2 s/k lada hitam
2 keping asam gelugor
2 sm kunyit hidup
garam [jika perlu]

Cara :-

1. Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil.
2. Masukkan dalam periuk bersma abahn2 lain.
3. Masakkan sehingga kuah pekat.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi.


HARUAN PANGGANG HALIA

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam

Bahan Tumbuk :-

5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

Bahan Rempah - tumbuk

1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

Cara :-

1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.


NASI MENGKUDU

Bahan-bahan

2 cawan beras [basuh dan toskan]
1 batang serai
3 cawan air rebusan daging
1 batang serai [ketukkan]
300 gm daging [rebuskan]
1 s/b serbuk lada hitam
1 s/b kerisek
3 ulas bawang merah [mayangkan]
2 helai daun mengkudu
garam

Cara:

1. Bersihkan daging dan rebuskan sehingga lembut.
2. Masukkan beras, serai, air rebusan daging dan garam kedalam periuk dan masakkan seperti biasa.
3. Daun mengkudu di mayangkan halus dan rebus sehingga masak. Perahkan adaunnya sikit supaya kurang pahit.
4. Daging diketukkan dan potong nipis.
5. Campurkan lada hitam, bawang merah, kerisek, dan garam.
6. Gaulkan dengan nasi sehingga rata dan hidangkan


NASI PEGAGA

Bahan-bahan:

3 cawan beras [basuh dan toskan]
3 s/k lada hitam
1 cawan santan pekat [boleh gantiikan dgn susu segar atau susu cair]
3 cawan air
150 gm daun pegaga
sedikit garam

Cara:

1. Basuhkan pegaga dan kisarkan. Tapiskan dan ambil airnya.
2. Masakkan beras dengan air pegaga, lada hitam dan garam.
3. Apabila hampir kering tuangkan santan dan masakkan seperti nasi biasa.


NASI HALIA

Bahan

3 cawan beras
4 cawan air

100 gm halia [mesin dan tapiskan]
150 gm ikan kurau masin
1 batang serai - ketukkan
2 s/k lada hitam
2 s/b kerisek
2 s/b air rendaman asam gelugor
2 ulas bawang putih
sedikit isi cekur - tumbukkan
garam

Cara :

1. Masukkan beras, serai dan perahan halia dalam periuk dan masakkan saperti nasi biasa.
2. Ikan kurau masin dibakar dan ditumbukkan isinya.
3. Gaulkan ikan tumbuk, kerisek, lada hitam, bawang putih, bawang putih isi cekor dan garam.
4. Bapurkan air rendaman asam keping. Kacau rata.
5. Taburkan atas nasi dan hidangkan supaya dimakan panas2.


NASI REMUNI KEDAH

Bahan

3 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 cawan pati dan remuni [kisarkan daun dan ambilkan airnya]
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 s/k halba
3 sm halia [mayangkan]
garam

Cara:

1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak seperti nasi biasa.
2. Hidangkan bersama sambal ikan talang, ikan bilis goreng dan sambal kelapa.


Rendang Peria

Bahan :

2 biji peria katak (bersaiz besar, dibuang bijinya dan dipotong)
1 cawan santan
1 sudu makan ikan bilis – dikisar
50 gm pucuk pegaga
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 sudu teh lada hitam – dikisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara :-

1. Masak bersama kesemua baham kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih.
2. Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka. Hidangkan bersama nasi putih.

Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka, melawaskan dan sebagainya.

Petua Orang Tua : Masakan yang mengandungi lada hitam sangat baik diambil oleh ibu ketika berpantang kerana ia dapat melancarkan proses mencuci darah.


Ayam Kukus Cuka

Bahan A (diperap sebelum dikukus)

8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B

3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara :

1. Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.


Ikan Panggang Halia Muda 

Bahan A (diperap)

2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)

3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara :

1. Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak.
2. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.


Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.


Sup Tulang

Bahan A

1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan
2 sm halia – diketuk
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 sudu teh garam kasar
1 sudu makan gula
Air secukupnya

Bahan B (ditumbuk)

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam

Bahan C (ditumis)

2 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
5 biji cengkih
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan D

2 bunjut rempah sup tulang
3 bji kentang – dibelah dua
8 biji cili api
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
1 biji jus limau nipis
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur

Cara :

1. Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk. Tambah air jika perlu.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan C dan kacau.
3. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing.
4. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap.
5. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goring.
6. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan daun sup. Tuang jus limau dan kacau rata. Ketika menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah.


Sup Sayur Campur

Bahan :

3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara :

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.
2. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.


Rendang Hati Lembu

Bahan :

½ kg hati lembu – dipotong
2 cawan pati santan
½ cawan kerisik
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan (dikisar)

10 ulas bawang merah
200 gm cili merah
2 sudu makan ketumbar
3 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji buah keras

Cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.
3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa.

Tuesday 15 June 2010

BENGKAK KAKI

Kaki bengkak memang masalah biasa bagi wanita hamil. Kaki mudah bengkak kerana menanggung beban tubuh yang bertambah kerana faktor kehamilan. Berikut antara tip yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah ini :-

  • Manjakan kaki anda. Bagaimana? Siram kaki dengan air sejuk perlahan-lahan bermula dari tapak kaki kemudian ke lutut dan peha. Ulangi selama beberapa minit sambil mengerakkan jari kaki anda. Selepas itu, amalkan merendam kaki anda di dalam air suam yang dicampur sedikit garam atau limau nipis.
  • Rajin mengurut lembut kaki dengan cara menekan tapak kaki menggunakan minyak bayi atau losyen setiap pagi atau malam sebelum tidur. Cara ini membantu kaki daripada bengkak sekaligus menjaga kesihatan kaki sepanjang kehamilan.
  • Dapatkan pemeriksaan doktor jika masalah bengkak yang anda alami agak berlainan di samping peningkatan berat tubuh yang keterlaluan iaitu lebih dari 1 kg setiap minggu. Anda harus berhati-hati dengan keadaan ini kerana dikhuatiri ia disebabkan gejala lain yang mungkin membahayakan anda dan kandungan.
  • Letakkan kaki di atas bantal semasa berbaring atau berehat. Tidur dengan pelbagai posisi, elakkan kaki daripada berada dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama bagi mengurangkan tekanan pada pembuluh darah.
  • Jangan berdiri atau duduk dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama. Banyakkan bergerak supaya pengaliran darah tidak terganggu. Amalkan senaman secara teratur juga membantu.
  • Gunakan kasut tumit rendah bagi membantu keseimbangan tubuh dan kaki.
  • Banyakkan berehat terutama jika anda terlalu sibuk dengan kerja, seringlah berhenti untuk setiap 10 minit sekali bagi merehatkan tubuh untuk melancarkan sistem perjalanan darah.
  • Kurangkan pengambilan garam dalam makanan kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan lebih mudah membuat kaki bengkak.

KRAM KAKI

Masalah kaki kram atau kejang adalah perkara biasa yang dialami oleh wanita hamil. Berikut tip yang boleh anda ikuti untuk mengatasi masalah tersebut.

  • Elakkan berdiri terlalu lama. Jika pekerjaan memerlukan anda berdiri lama, selang selikan ia dengan duduk seketika untuk meringankan kaki anda.
  • Rajinlah melakukan senaman ringan untuk regangan otot kaki, contohnya duduk bersila dengan menegakkan badan membantu mengurangkan kaki daripada kekejangan.
  • Sewaktu tidur, tinggikan sedikit kaki dengan bantal. Anda juga boleh bengkokkan kaki dan seringlah tukar posisi kaki. Cuba elak meluruskan kaki kerana ia memudahkan kaki anda jadi kejang.
  • Minta bantuan pasangan untuk mengurut lembut kaki bagi mengurangkan kekejangan.

LELAKI ATAU PEREMPUAN..........JOM KITA TEKA

      Walaupun jantina bayi sudah boleh diketahui diketahui melalui ujian ultra-sound, namun bukan semua berjaya dilihat. Lagipun lebih seronok jika main teka-teka bukan? Jika anda ingin main teka-teka jantina bayi anda, lihat tanda-tanda berikut dan cuba anda teka tanda yang anda alami lebih banyak berada pada bayi lelaki ataupun perempuan.
      Tafsiran ini bukan untuk anda percayai sepenuhnya, tapi tidak salah untuk dijadikan hiburan dan kebetulan mungkin juga betul. Jadi, nak tahu lelaki atau perempuan, jom kita lihat.

TANDA BAYI LELAKI

  • Anda tidak mengalami morning sicness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit.
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian depan tubuh.
  • Perut kelihatan bulat sempurna.
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap.
  • Bentuk perut condong ke arah bawah.
  • Sukakan makanan yang masam dan masin.
  • Suka makan daging dan keju.
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk.
  • Tangan selalu kekeringan.
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur.
  • Bukan hanya anda, tetapi suami pun akan bertambah berat badan.
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil.
  • Hidung tampak lebih mekar.
  • Selalu sakit kepala.
TANDA BAYI PEREMPUAN

  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan.
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung.
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan.
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya.
  • Bentuk perut condong ke arah atas.
  • Perut tampak agak lonjong.
  • Mengidam makanan yang manis.
  • Sukakan buah-buahan.
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam.
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil.
  • Mudah moody berbanding sebelumnya.
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil.
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya.
  • Payudara kelihatan megenmbang.
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur.

Saturday 15 May 2010

PENJAGAAN KULIT UNTUK WANITA HAMIL

      Sebahagian wanita hamil bertuah apabila memiliki seri wajah sihat sepanjang tempoh kehamilan, tetapi majoriti mendapati kulit mereka tidak sebegitu. Kesan seperti regangan kulit akibat kehamilan, pigmentasi akibat perubahan hormon, ruam dan sebagainya membuatkan wanita hamil merasakan seolah-olah mereka kembali merasai masalah kulit seperti zaman remaja mereka. Dimana silapnya dan apakah yang boleh dilakukan untuk mengembalikan semula kesihatan dan keserian kulit?
     
Kesan Regangan Kulit Akibat Mengandung
      Kesan garis halus yang muncul di sekitar bahagian perut adalah akibat bahagian abdomen yang meregang bagi memberi ruang pada bayi dalam kandungan membesar terutama ketika trimester kedua dan ketiga. Selain itu ia juga disebabkan oleh perubahan hormon kehamilan membuatkan kulit mudah dipengaruhi oleh kesan regangan di samping faktor keturunan. Kebanyakan wanita hamil turut menambah berat badan menjadikan ia faktor tambahan mendapat kesan regangan. Wanita yang memiliki kulit yang cerah cenderung untuk mengalami masalah ini berbanding wanita yang memiliki kulit yang agak gelap.

Tona Kulit Tidak Sekata
      Sepanjang tempoh kehamilan, pengeluaran pigmen melanin secara berlebihan sering berlaku sehingga menyebabkan kesan pigmentasi muncul di bahagian wajah atau di bahagian lain pada tubuh. Kesan sebegini sama dengan kesan akibat kulit terdedah pada cahaya matahari secara keterlaluan, ekzema atau alahan ubat-ubatan. Biasanya, ia mengambil masa yang agak lama untuk hilang.

Kulit Kering dan Gatal
      Gatal-gatal merupakan simptom biasa ketika hamil kerana kulit dan otot meregang untuk memberi ruang kepada bayi dalam kandungan membesar. Masalah kulit kering juga boleh berlaku menyebbakan timbul bintik halus, ruam, pori-pori terbuka, termasuk juga beberapa keadaan seperti seborrhea (kesan kemerahan dan gatal pada bahagian kulit kepala dan hidung) atau keratosispilaris. Kulit juga kelihatan bengkak akibat kekurangan air atau pertambahan berat badan.

Kesan Parut Caesarean
      Kesan yang paling ketara selepas kehamilan adalah akibat parut pembedahan bagi mereka yang menjalani pembedahan secara Caesarean. Parut pembedahan biasanya elok dan kecil  berbanding sebelum ini, namun ia tetap meninggalkan kesan negatif terhadap tubuh badan wanita apatah lagi ketika mereka mula berusaha mencapai kembali berat badan ideal mereka.

PETUA

ELAK BAYI TERKENA JAUNDIS (KUNING)

Bagi mengelakkan bayi yang baru dilahirkan mendapat penyakit kuning, perahkan anggur hitam dan titiskan ke dalam mulut bayi. Insya-Allah bayi anda tidak mengalami penyakit kuning.

MEMUDAHKAN KELAHIRAN BAYI

Amalan untuk ibu yang mahu memudahkan kelahiran bayi ialah dengan mengambil sebiji telur ayam kampung dan buangkan putihnya. Masukkan minyak masak ke dalam telur ayam kampung tadi sehingga menutupi kuning telur tersebut. Minum sebelum waktu melahirkan tiba, didahului dengan berselawat.

IBU KUNYIT MENJARAKKAN ANAK

Bagi anda yang baru lepas melahirkan anak dan berhasrat  untuk menjarakkan anak, amalkan meminum jus ibu kunyit hidup. Caranya dengan memarut ibu kunyit dengan setengah cawan air dan tapis air parutan itu. Amalkan meminum dua kali seminggu.

Saturday 1 May 2010

LAPAN TANDA KEHAMILAN

Dah lama tak menulis blog...baru2 nie pegi kedai buku, terjumpa la buku mengenai kehamilan....jadi disini aku turunkan maklumat2 yg aku kira penting bagi ibu-ibu hamil.

Anda hamil? Atau anda tidak pasti hamil ataupun tidak. Sememangnya kita lebih mudah tahu kita hamil jika mempunyai pusingan haid yg teratur. Namun bukan semua wanita begitu. Ramai juga antaranya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.
Ada beberapa tanda lain yang boleh anda perhatikan yang memberitahu bahawa ada janin sedang mula berkembang dalam rahim anda. Bagaimana? Cuba perhatikan tanda2 ini :-

* Kelelahan - Tiba-tiba anda mudah berasa letih dan lelah serta kurang bersemangat. Kadangkala mungkin anda menganggap ia tanda-tanda kedatangan haid, tapi ia juga merupakan salah satu tanda awal kehamilan. Ini kerana kadar hormon progesterone yang meningkat di awal kehamilan menyebabkan  anda selalu rasa mengantuk dan tidak bertenaga seperti selalunya.

* Payudara Bengkak - Tiba-tiba payudara anda seperti membengkak dan amat sensitif. Mudah terasa sakit apabila disentuh. Ini juga berlaku kerana faktor hormon dan biasanya terjadi setelah haid mulai lambat. Gejala ini agak serupa dengan gejala yang dialami ketika hampir datang haid.

* Mual-mual - Gejala ini muncul bila2 masa. Ada yang mengalami tanda ini lebih cepat dan ada juga yang lambat. Apabila anda mula mengalami tanda ini sedangkan haid masih belum kunjung tiba, bolehlah anda membuat ujian kehamilan sendiri dirumah.

* Pendarahan - Antara 10 - 13 hari setelah benih disenyawakan, mungkin anda perasan ada titisan darah kecil pada seluar dalam. Jika jumlahnya sedikit dan warnanya juga sedikit pudar berbanding darah haid. Pendarahan kecil ini berlaku kerana proses benih tertanam pada rahim. Jangan anda keliru dan menyangka ia adalah haid pula.

* Deria rasa - Anda lebih sensitif terhadap segala bau di sekeliling anda berbanding sebelum ini. Kadangkala bau tersebut membuat anda berasa loya dan mual. Keadaan ini disebabkan peningkatan hormon dalam tubuh.

* Kerap buang air - Anda semakin kerap ke bilik air membuang air. Ini kerana peningkatan pusingan darah dan cecair dalam tubuh selain proses uterus yang mula membesar untuk kehamilan.

* Suhu tubuh - Selalunya pada awal kehamilan, suhu tubuh anda akan meningkat drp biasanya. Anda mungkin mudah berasa panas dan cepat berpeluh. Keadaan ini membuat anda tidak selesa dan selalu ingin berada di depan kipas atau suasana yg berhawa dingin.

* Tidak haid - Apabila haid anda tidak lagi kunjung tiba mengikut waktu sepatutnya, tibalah masa utk anda melakukan ujian kehamilan bagi mengesahkan keadaan tersebut.

Sunday 14 March 2010

DISAHKAN MENGANDUNG

      Sejak disahkan mengandung 2 mggu lepas.....bermacam-macam bermain difikiran ku, rasa nak pengsan pun ada.....apa kata org nanti? larat kah aku nak bawak kandungan nie? maklumlah umur pun bukannya muda lagi...dah 39 tahun. Selain drp tu anakku yang bungsu pun dah berumur 11 tahun.
      Aku bersyukur kerana semenjak disahkan mengandung 2 bulan, aku tak pula mengalami alahan yang teruk, tak tau la plak kot2 belum lagi...aku masih boleh masak seperti biasa cuma....perut aku nie kadang2 rasa mcm senak, pastu kerap buang angin dan yang paling tak boleh tahan kene sembelit...Selain drp tu, badan memangla cepat letih...pastu kalau bab2 makan nie kalau boleh nak makan makanan yg fresh yang baru masak. Kalau setakat makan makanan yang tengahari punya yag dipanaskan mula la tekak rasa loya jer...Nie belum lagi buat kad mengandung....masa test pregnancy aritu nurse tu suruh dtg bila kandungan dah 8 mggu. Takpe la...tggu cukup bulan la baru p.
      Suami aku plak entahla...dah terlebih excited la plak.....dulu masa mengandung anak 1-3 takde la plak mcm nie...tu tak boleh...nie tak boleh....Pastu baru2 nie dia balik terus bagi aku keratan akhbar. Ingatkan pasal apa...rupa2nya keratan pasal wanita hamil...nanti aku masukkan di tajuk yg lain.
      Anak aku plak yg aku rasa paling happy sekali adalah yg bungsu...tak habis2 pegang perut aku yg belum nampak lagi buncitnya...maklumla...nak dapat adik...