Wednesday 28 March 2012

BERBENGKONG

Berbengkong.

Pada hari seterusnya elok dibengkong dengan bengkong yang panjangnya 8-10 meter yang diikat lilit dari bawah punggung hingga ke paras dada wanita tersebut. Bagi wanita yang bersalin melalui “scisorion” (operation), jangan dibarut atau dibengkong. Cukup sekadar mendapatkan rawatan urut tradisional sahaja dan dielakkan dari mengurut di bahagian perut yang luka.

Tujuan berbengkong adalah:
1. Bagi memastikan pergerakan ibu bersalin dibataskan.
2. Bagi merapatkan kembali vagina.
3. Bagi menaikkan kembali keanjalan punggung yang jatuh.
4. Supaya perut ibu bersalin dapat balik ke asal,dan supaya tidak gendut atau buncit.
5. Supaya air yang kita minum tidak boleh membuatkan perut menjadi lembik dan menggelebeh.
Dinasihatkan proses di atas hendaklah dilakukan seawal pagi sebelum ibu-ibu bersarapan pagi. Lakukan penjagaan di dalam pantang selama 44 hari. Kecuali berurut dengan rawatan urut tradisional bolehlah dilakukan 3 hari dulu. Kemudian setelah dua minggu boleh diulangi dapatkan rawatan urut tradisional untuk mengurut 3 kali lagi.
Selain dari mandian herba, bertungku, berurut dengan urut tradisional dan membengkong, ibu-ibu bersalin dinasihatkan meminum rebusan akar kayu atau jamu bersalin selama dalam pantang. Ibu-ibu juga  digalakkan meminum air kunyit yang telah ditumbuk untuk tiga hari berturut-turut. Ini untuk mencuci segala kotoran darah nifas dan menghilangkan bau yang tidak enak.  Akar kayu atau jamu untuk memastikan semua urat saraf, saluran peranakan dan peranakan menjadi kuat dan kecut kembali.

Akar kayu dan jamu juga baik untuk merangsang darah supaya ibu bersalin tidak di dalam kedinginan dan kesejukan. Pakailah stokin untuk mengelakkan angin masuk ke dalam badan. Pakailah baju yang agak tebal biar berpeluh dan jangan kedinginan. Elakkan diri dari terkena terlalu banyak angin dari kipas atau alat penghawa dingin. Kedua-dua lubang telinga disumbat dengan bawang putih yang telah dibuang kulit. Sapukan pilis di dahi. Cekak dan ikat rambut dengan kuat dan kemas supaya urat saraf di muka tidak cepat kendur sebelum tiba waktunya. Seluruh badan hendaklah disapu dengan param.
Sekiranya ibu-ibu dapat mengikut cara-cara tradisional seperti di atas, pasti kesihatan para ibu akan terjamin untuk jangka waktu yang panjang. Kerana dengan bepantang dapat memastikan keseluruhan badan, urat saraf dapat dirawat untuk kembali normal dan ibu-ibu akan dapat mengembalikan tenaga ke asal.
Urut tradisional bagi wanita bersalin ini memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut atau 5 hari atau 7 hari atau sebulan mengikut kehendak wanita itu sendiri. Lagi kerap berurut urut tradisional lebih banyak kelebihannya.

Di antara kelebihan urut tradisional bagi wanita bersalin ialah:
1. Apabila setiap wanita itu lepas melahirkan, mereka akan menghadapi lemah lesu di seluruh badan kerana urat-urat yang menegang ketika proses kelahiran. Dengan mengurut rawatan urut tradisional,akan dapat melembutkan urat-urat tersebut dan menyegarkan kembali badan.
2. Rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin dapat memastikan pengaliran darah berjalan dengan betul dan darah-darah kotor serta toksid kotor dapat keluar sekali bersama-sama darah nifas. Oleh yang demikian, tidak terdapat darah yang tersekat di dalam pembuluh urat saraf, juga dapat membuang angin.
wanita bersalin Proses Menjaga Wanita Bersalin Setelah Balik Dari Hospital Dalam Rawatan Urut Tradisional
3. Dalam rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin, dengan mengurut dan menolak peranakan wanita tersebut,dapat menjamin peranakan wanita bersalin itu berada di dalam keadaan yang sempurna dan tidak turun ke bawah.Sekiranya peranakan ini turun, akan mengakibatkan kesan kepada wanita  itu sendiri seperti kencing tidak tos, dan kemungkinan keluarnya tombong dari faraj (prolapse).
Itulah keperluan-keperluan yang perlu dibuat oleh wanita yang baru lepas bersalin di mana tidak dapat disangkal, amalan amalan ini telah diamal oleh orang-orang melayu sejak dulu lagi yang mana diakui keberkesanannya. Semua ini yang harus disusuli dengan proses yang wajib iaitu rawatan urut tradisional.

No comments:

Post a Comment